PENGENALAN
Usahawan atau
entrepreneur berasal dari perkataan Perancis “Entreprendre” iaitu “memikul
tugas atau mencuba”. Perkataan ini diinggeriskan kepada “Entrepreneur” dan
diperkenalkan oleh ahli ekonomi Perancis, Richard Cantillon pada tahun 1775.
Keusahawanan datang dari kata akar usaha. Menurut Kamus Dewan, usaha adalah
daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan atau apa-apa perbuatan untuk mencapai
sesuatu.
Seseorang usahawan
yang berjaya semestinya mempunyai ciri-ciri personaliti yang tidak dimiliki
oleh semua orang. Antara ciri-ciri yang dipilih adalah optimistik, proaktif,
melihat dan mengambil peluang, budaya terbuka, pengambil risiko terbuka, kerajinan komitmen, keazaman, jaringan, pemerhati dan berorientasikan hasil. Ciri-ciri ini amat diperlukan untuk menjadi seorang yang
berjaya dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Trait ini telah menjadikan
para peniaga ini dipercayai dan disenangi pelanggan menyebabkan jualan mereka
memperolehi keuntungan berlipatkali ganda.
Keusahawanan amat
penting dalam kehidupan seharian. Tanpa kewujudan usahawan, ekonomi akan lumpuh
kerana tiada pertumbuhan dan pergerakan ekonomi dalam dan luar negara.
Kepentingan usahawan ini adalah meningkatkan pendapatan negara. Usahawan akan
membayar cukai kepada pihak kerajaan bergantung kepada hasil jualan yang
diperolehi. Apabila lebih maju dan ramai usahawan berjaya maka lebih tinggi
cukai yang akan dibayar kepada pihak kerajaan lantas merancakkan lagi
pembangunan di Malaysia.
Selain itu,
kewujudan para usahawan akan memperbanyak peluang pekerjaan di Malaysia.
Masalah pengangguran akan berkurangan dan rakyat Malaysia akan lebih terjamin
kehidupan mereka kerana peluang pekerjaan yang meluas untuk mereka jana
pendapatan. Pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan akan meningkatkan
pendapatan penduduk secara keseluruhan. Pendapatan yang mereka dapati akan
digunakan untuk membeli barang asas dan keperluan mereka. Taraf hidup
masyarakat akan bertambah baik dan keselesaan masyarakat dapat dibangunkan.
Antara usahawan-usahawan yang memiliki ciri-ciri tertentu adalah:
Optimistik: Tan Sri Loh Boon Siew
Optimistik: Tan Sri Loh Boon Siew
Optimistik bermaksud
sentiasa berfikiran ke hadapan dan berfikiran positif terhadap tindakan yang
akan diambil. Tan Sri Loh Boon Siew memiliki ciri-ciri ini yang tidak akan
pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya.
Tan Sri Loh Boon
Siew merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda. Beliau
berasal dari kampung yang dianggap paling miskin di China. Beliau seorang buta
huruf, tidak boleh membaca mahupun menulis serta tidak mempunyai latar belakang
akademik yang tinggi tetapi memanipulasi kemampuan daya ingatan beliau untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Pada tahun 1958, beliau ternampak sebuah
motosikal Honda yang belum digunakan di Malaysia semasa melawat ke Jepun untuk
makan angin, Beliau berfikir kemungkinan pasaran sekiranya membawa produk ini
ke Malaysia. Beliau cuba mempengaruhi pihak Honda Motor Limited Japan untuk
membawa produk keluran pihak Jepun ke negara yang pernah dijajah oleh tentara
Jepun tetapi hal ini bukannya mudah dicapai. Bagi rakyat Malaysia, mereka tidak
ingin membeli produk keluaran dari Jepun yang pernah menjajah negara kita. Hal
ini tidak menggugat minat beliau untuk menjual motosikal Honda di Malaysia. Kemampuan beliau bagi mempengaruhi
pihak pengurusan Honda Motor Limited Jepun ini membolehkan beliau dilantik sebagai
pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia dianggap kejayaan yang besar oleh
rakyat Malaysia. Seterusnya, motosikal Honda yang dibawanya telah dianggap
tidak berguna dan cepat rosak, tetapi hal ini tidak mempengaruhi hasrat beliau
untuk memperkenalkan motosikal Honda. Menjelang tahun 1963, motosikal Honda
menjadi kenderaan yang paling diminati di Malaysia. Jualan keseluruhan
motosikal Honda telah melebihi 2 juta unit sehingga ke hari ini.
Sikap optimistik dan berfikiran positif telah menjadikan Tan
Sri Loh Boon Siew sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Proaktif
membawa maksud bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang
dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu kejadian.
Dengan ini, usahawan yang memiliki sikap proaktif merupakan seorang yang
bermatlamat, aktif dan selalu mencari peluang baharu bagi membesarkan
perniagaan supaya dapat menghadapi persaingan di pasaran dan seterusnya
meningkatkan kualiti dan kehendak pelanggan.
Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein merupakan pengasas
Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad. Pada tahun 1957, beliau membuka kedai
kecil di Kota Bharu, Kelantan dengan menggunakan simpanan sendiri. Setelah
perniagaan berkembang sedikit, beliau membuat keputusan untuk membeli sebuah
van bagi menghantar pesanan dalam kuantiti yang besar. Beliau cuba memenuhi
permintaan dan kehendak pelanggan. Pada tahun 1979, beliau melebarkan perniagaan
ke negeri berhampiran iaitu Terengganu selepas 22 tahun. Seterusnya, mereka
memulakan outlet di Lembah Klang pada tahun 1989. Hal ini menunjukkan beliau
bersabar dan sentiasa bersikap positif kerana kejayaan tanpa jalan pintas. Bagi
memenuhi permintaan di pasaran dan meningkatkan kualitu perniagaan, rangkaian
MYDIN bukan sahaja keperluan harian dan alatan permainan. Antara rangkaian
produk MYDIN termasuklah peralatan elektrik, makanan sejuk beku, produk
kesihatan, keperluan muslim, makanan, hadiah dan sebagainya. Hal ini dapat
mewujudkan persaingan di pasaran dan memenuhi kehendak pelanggan dalam
kehidupan seharian. Dengan usaha Tuan Mydin Mohamed, MYDIN semakin berkembang
pesat dan bertapak kukuh di Malaysia.
Kejayaan Tuan Mydin Mohamed merupakan MYDIN menjadi salah
satu perniagaan terbesar di Malaysia yang mengusahakan aktiviti peruncitan dan
pemborongan. Dari tahun 1957 sehingga kini, MYDIN berjaya memiliki lebih
daripada 90 cawangan di Semenanjung Malaysia.
Kerajinan,
komitmen, keazaman dan ketabahan: Jack Ma
Setiap usahawan perlulah mempunyai ciri kerajinan, komitmen,
keazaman dan ketabahan dalam dirinya. Setiap perniagaan mempunyai risiko-risiko
tertentu. Dengan kerajinan, komitmen,keazaman dan ketabahan yang
berterusan,usahawan tersebut pasti akan berjaya. Namun, ramai usahawan
mengalami kegagalan sebelum mencapai kejayaan.Contohnya, Jack Ma yang merupakan
pengerusi eksekutif bagi Alibaba.com
pernah menghadapi banyak cabaran sebelum beliau berjaya.Beliau telah ditolak
oleh Universiti Harvard sebanyak 10 kali, gagal dalam ujian dan gagal dalam
mencari pekerjaan.Dalam sesi temu duga bagi bekerja di KFC,sebanyak 24 orang
terlibat dalam sesi temu duga tersebut, hanya satu orang sahaja telah disingkir
oleh pihak majikan dan itulah Jack Ma yang telah disingkirkan. Namun, Jack Ma
tidak pernah putus asa dalam pencarian kerja.
Sebelum Jack Ma menjadi usahawan, beliau
ialah seorang guru Inggeris.Oleh sebab kemiskinan keluarga, ibu bapa Jack Ma
memang tidak mengenai sebarang perkataan ABC. Atas inspirasi seorang guru
geografi, Jack Ma telah mengambil keputusan untuk menguasai bahasa
Inggeris.Beliau pernah menawarkan lawatan yang percuma di Hangzhou kepada
pelancong asing untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Hasilnya, Jack Ma memang
fasih dalam bahasa Inggeris dan akhirnya berjaya menjadi seorang guru Inggeris.
Namun, Jack Ma telah meletakkan
jawatan sebagai guru pensyarah pada tahun 1995 dan membuka syarikat terjemahan
sendiri. Beliau pernah menjadi penterjemah bagi pihak Amerika Syarikat dengan
pihak Hangzhou. Dalam pengalaman tersebut, beliau telah mengenali tentang
jaringan internet. Selepas itu, beliau berbincang dengan kawan-kawan tentang
mewujudkan “china page”. Daripada 24 orang kawannya, hanya satu orang yang
menyokong ideanya. Walau bagaimanapun, Jack Ma tetap teguh pada pendiriannya. Pada
masa dahulu, jaringan internet masihlah tidak dikenali oleh orang awam. Jack Ma
menghadapi cabaran dalam mempromosikan jaringan internet kepada orang awam.
Komitmen Jack Ma dalam mengusahakan
dan menjelaskan jaringan internet kepada orang ramai telah menyebabkan jaringan
internet semakin dikenali oleh masyarakat. Namun begitu, Jack Ma masih
menghadapi kegagalan sebanyak dua kali sebelum mewujudkan alibaba.com. Keazaman
dan ketabahan Jack Ma dengan ahli kumpulannya dalam mengusahakan e-dagang telah
mendatangkan hasil yang lumayan. Hari ini, alibaba.com telah menjadi e-dagang
yang dikenali oleh masyarakat dari seluruh dunia. Hal ini juga terbuktilah
bahawa tidak kira kita gagal berapa kali, asal kita tidak putus asa, kita pasti
akan berjaya pada suatu hari nanti.
Ciri
usahawan yang penting dalam menjayakan sesuatu perniagaan ialah dapat melihat
dan mengambil peluang. Dengan ciri ini, seseorang dapat melihat potensi
sesebuah perniagaan. Contoh usahawan yang mempunyai ciri tersebut ialah Tan Sri
Tony Fernandes yang merupakan pengasas bagi Tune Group Sdn. Bhd.
Tan Sri Tony Fernandes merupakan lulusan graduan London
School of Economic. Selepas menghabiskan pembelajarannya, beliau pernah menjadi
juruaudit dan pengawal kewangan di London. Apabila beliau balik ke Malaysia, beliau
pernah menyandang jawatan pengarah urusan di Warner Music (Malaysia) Sdn.
Bhd.Selepas itu, beliau telah menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara
Selatan kepada kumpulan Warner Music pada tahun 1992 sehingga 2001. Namun,
beliau telah mengambil tindakan untuk meninggalkan syarikat itu dan
merealisasikan impiannya untuk mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah.
Pada masa itu, peristiwa perindustrian penerbangan
perdagangan telah menyebabkan orang ramai berasa takut untuk menaiki kapal
terbang, tetapi Tan Sri Tony Fernandes menganggap bahawa masa itu merupakan
peluang kepada beliau untuk menceburi dalam bidang ini. Dengan ini, beliau
telah membeli sebuah syarikat penerbangan dengan harga seringgit. Namun, pada
masa itu syarikat tersebut mempunyai dua buah kapal terbang yang lama dan
mempunyai hutang yang tinggi. Jadi, semua orang berpendapat bahawa pembuatan
Tan Sri Tony Fernandes adalah tidak rasional.
Di bawah pimpinan Tan Sri Tony
Fernandes, hutang syarikat Air Asia telah diselesaikan selepas satu tahun.
Tambahan pula, syarikat tersebut telah mula mendatangkan keuntungan. Beliau
telah berjaya memulihkan sebuah syarikat yang mengalami kemerosotan kepada
sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa. Hasilnya, kita dapat melihat bahawa
ciri dapat melihat dan mengambil peluang amat penting bagi sesebuah perniagaan.
Kini, Tan Sri Tony Fernandes telah
berjaya merealisasikan impiannya sejak kecil lagi. Kejayaan beliau juga memberi
sumbangan kepada bidang syarikat penerbangan tambang rendah. Konsep yang
sentiasa diuar-uarkan iaitu “Now Everyone Can Fly” turut mendatangkan manfaat
kepada setiap lapisan masyarakat.
Budaya Terbuka: Tan Sri
Mokhtar Al-Bukhary
Budaya
terbuka merupakan konsep yang menurut pengetahuan perlu disebarkan secara bebas
dan pertumbuhan harus datang daripada pembangunan, perubahan atau memperkaya
kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa
dihadkan oleh peraturan-peraturan berkaitan dengan undang-undang perlindungan
kemakmuran intelektual.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan usahawan Melayu yang
terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industry di Malaysia. Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary memulakan perniagaan sebagai penjual daging pada tahun 1970.
Pada tahun 1972, beliau telah mendapat permit bagi empat buah lori kelas A.
Selain itu, beliau telah memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas pada
tahun 1975 dan juga menubuhkan syarikat Shah. Bukan itu sahaja, Yayasan
Al-Bukhary juga ditubuhkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Tujuan menubuhkan
perbadanan khas ini adalah untuk membantu golongan miskin. Ciri budaya terbuka
dapat dilihat daripada Tan Sri Syed Mokhtar ialah beliau melakukan kebajikan
yang banyak terutamanya di negeri Perak dan Kedah. Beliau sangat
menitikberatkan kepentingan orang ramai terutamanya orang melayu. Seterusnya,
beliau juga menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang hidup dalam kesusahan
dari segi aspek tanggungjawab sosial. Selain itu, Tan Sri Syed Mokhtar telah
menderma berjuta-juta ringgit kepada projek kebajikan di bawah Yayasan
Al-Bukhary untuk menolong mereka yang kurang upaya dan berada dalam kehidupan
miskin. Selain itu, beliau juga menyumbang sebanyak RM1 juta untuk Tabung
Tsunami pada setiap tahun sebagai persediaan untuk menghadapi bencana alam ini.
Seterusnya, beliau juga akan memberi tajaan dalam menghantar orang Islam di
Malaysia yang tidak mampu untuk menunaikan haji pada setiap tahun. Beliau juga
telah memberi sumbangan yang besar di peringkat antarabangsa seperti menyumbang
wang dan makanan kepada mangsa gempa bumi di Sichuan, China serta mengadakan
Program Anak-anak Yatim Al-Bukhary di Indonesia.
Tan Sri Syed Mokhtar menunjukkan ciri-ciri budaya terbuka
sepenuhnya sebagai seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
Pengambil risiko terbuka: Dato’
Steven Sim
Pengambil
Risiko merujuk kepada seseorang individu atau perniagaan yang cenderung
melakukan sesuatu akan menyebabkan berlakunya kecenderungan fizikal atau
kerugian kewangan tetapi juga mungkin memberikan peluang untuk hasil yang lebih
puas hati.
Dato’ Steven Sim merupakan pengasas Secret Recipe. Perniagaan
Secret Recipe dimulakan pada tahun 1997 dengan modal sebanyak RM 150,000. Kedai
pertama Secret Recipe itu dibuka di SS2, Petaling Jaya. Pada tahun 2000,
terdapat 15 Secret Recipe di Klang Valley dan satu lagi di Singapura. Dalam hal
ini, beliau mengambil risiko untuk mewujudkan francais dalam bentuk system yang
berupaya memastikan kualiti produk yang konsisten di semua kafe. Inilah
dianggap sebagai cabaran yang paling sukar oleh Dato’ Steven Sim. Dari masa ke
masa, Secret Recipe menjadi kedai yang amat menyesuaikan gaya hidup
antarabangsa di seluruh dunia. Sekarang, Secret Recipe telah menjadi jenama
antarabangsa yang terkenal, tetapi mengalami sebarang halangan sebelum
mempunyai pencapaian hari ini. Sebagai contoh, Dato’ Steven Sim dan rakan kongsi
hendak memperbesarkan perniagaan ke Singapore tetapi sangat sukar membuka
francais yang baharu di negara lain disebabkan risiko. Ketika itu, francais
beliau tidak menarik perhatian yang banyak kerana ingin bersaing dengan pesaing
dari Amerika Syarikat, Eropah, Hong Kong, Australia dan juga Singapura sendiri.
Walau bagaimanapun, mereka berupaya mengurus ambil risiko tersebut dan mencapai
kejayaan.
Menurut buku,
jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan
dikekalkan oleh seorang usahawan dengan manusia sekelilingnya untuk faedah
bersama.
Vivy
Sofina Yusuf atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof dalam media massa, adalah
antara usahawan Malaysia yang berjaya pada usia muda. Vivy Yusof merupakan
co-founder of FashionValet dan The dUck Group. FashionValet merupakan laman web
multi-label yang mengumpulkan rekaan-rekaan fesyen dari negara Asia di bawah
satu syarikat, manakala The dUck Group pula jenama hijab dan alat tulis.
Sebelum
berkecimpung dalam bidang perniagaan, Vivy Yusof telah mempunyai jaringan
peribadi melalui blognya, iaitu Proudduck.com. Semasa zaman universiti, Vivy
aktif berkongsi tentang pengalamannya dalam fesyen, percintaan, pembelajaran,
keluarga dan kerjaya dalam blognya. Dari situ, hari demi hari Vivy berjaya
mengumpul pengikutnya sendiri tidak kira peringkat umur, bangsa, budaya dan
agama. Vivy yang pada masa itu merupakan lepasan ijazah sarjana muda undang-undang
dari London School of Economics (United Kingdom), mendapati bahawa
undang-undang bukan sesuatu yang dia minati, maka selepas pulang ke tanah air,
Vivy mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat bapanya, iaitu Proven Group.
Idea
untuk menubuhkan perniagaannya sendiri tercetus ketika bekerja dengan bapanya.
Vivy dan semasa itu kekasihnya, Fadza Anuar Shah telah mendapat idea untuk
menubuh syarikat mereka sendiri yang fokus pada perniagaan atas talian, selepas
melihat trafik blog Vivy Yusof yang sangat menggalakkan.
FashionValet
akhirnya menjadi realiti pada November 2010. Pada masa itu, FashionValet
merupakan syarikat pertama di Malaysia dalam kategori laman web multi-label dan
pada waktu itu hanya terdapat 10 jenama di bawah FashionValet. Vivy Yusof
menggunakan jaringan peribadi melalui blognya dan juga instagram untuk
mengembangkan FashionValet. Kini, syarikat FashionValet mempunyai rangkaian
sebanyak 400 jenama dan terdapat beberapa
cawangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di negara jiran seperti
Indonesia dan Singapura.
Pemerhati:
Tan Sri Mokhzani Mahathir
Pemerhati bermaksud
mengambil perhatian tentang segala benda yang berlaku disekeliling kita dengan
penuh teliti. Ia merupakan suatu proses yang mengumpul segala informasi melalui
penglihatan atau pemerhatian terhadap sesuatu benda dan mengambil nota tentangnya.
Usahawan
perlu mempunyai ciri ini kerana beliau perlu membuat perancangan, mengkaji,
mengolah dan mengambil peluang untuk berjaya.
Antara
usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau telah
dilantik oleh Lembaga SapuraKencana Petroleum Berhad sebagai Pengarah Executive
dan Naib Pengerusi. Beliau juga merupakan ahli Remuneration Committee of
SapuraKencana Petroleum Berhad. Beliau telah menunjukkan minat dalam bidang
petroleum sejak kecil dan terbukti minatnya bukan sekadar minat, beliau berjaya
melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda, Bachelor of Science in
Petroleum di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A.
Tan
Sri Mokhzani Mahathir memulakan kerjaya beliau dalam bidang petroleum. Selepas
bertahun-tahun mengutip pengalaman dalam bidang petroleum, beliau akhirnya
berani untuk membina syarikatnya sendiri. Dengan ciri keusahawanan yang ada
pada beliau, beliau berjaya menubuhkan syarikat pelaburan yang diberi nama
Kencana Capital Sdn Bhd yang fokus dalam pelbagai sektor seperti automotif dan
hartanah. Syarikat beliau lama-kelamaan berkembang dan ini membuatkan beliau
mengambil keputusan untuk menceburi dalam perniagaan. Beliau telah pelajari
ilmu perniagaan daripada syarikat lain. Beliau merupakan salah satu contoh usahawan
yang berjaya kerana salah satu ciri keusahawanan yang paling ditonjolkan adalah
sebagai pemerhati. Tambahan lagi, syarikat beliau berjaya meraih untung dengan
merebut peluang yang sentiasa ada.
Berorientasikan hasil: Ameerul Afiq bin Abdul Hadi
Berorientasikan hasil bermaksud seseorang individu
berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dan memperoleh hasil dari sesuatu
perniagaan dalam keusahawanan. Sebagai seorang usahawan, matlamat dalam
perniagaan adalah memperolehi hasil yang lumayan. Hasil yang diperolehi boleh
dijadikan sebagai satu sumber untuk mendorong seseorang usahawan lebih
bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya.
Usahawan muda bernama Ameerul Afiq ini mempamerkan ciri-ciri yang dimaksudkan.
Nama penuh beliau ialah Ameerul Afiq
bin Abdul Hadi. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1997 di Kajang, Selangor. Beliau
merupakan seorang usahawan secara rasminya ketika berusia 18 tahun. Ketika
zaman persekolahannya, beliau sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.
Bermula pada usia 6 tahun beliau menjual lukisan yang ditekap dari buku lain
untuk diwarnakan. Lukisan yang ditekap itu dijual dengan harga 50 sen kepada
kawan-kawan tadika. Ketika berusia 12 tahun, beliau mula menjaja makanan ringan
seperti keropok dan gula-gula. Beliau aktif dalam sukan bola sepak dan mewakili
sukan ini di peringkat negeri Selangor. Meskipun sibuk dengan sukan dan
berniaga, beliau memperolehi 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).
Seterusnya, ketika di tingkatan 1
beliau melihat satu permasalahan yang timbul iaitu butang baju melayu. Sekolah
beliau beraliran agama dan di kawasan pedalaman. Oleh itu, butang baju melayu
yang berkualiti dan cantik tidak dijual. Beliau mula menjual dan mendapat hasil
yang lumayan. Beliau meneruskan lagi usaha mendapatkan keuntungan lumayan
ketika tingkatan 2 dengan mengambil upah membuat baju kelas dan baju tingkatan
sehingga tingkatan 5. Hasil usaha beliau ketika itu berjaya mengaut keuntungan
sebanyak RM30,000.
Sementara menunggu keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mendapat idea untuk memulakan perniagaan di
Instagram. Beliau memulakan perniagaan t-shirt lelaki. Nama syarikat beliau
ialah Rad.kl yang menjual t-shirt lelaki dan seterusnya beliau mengembangkan
perniagaannya dengan menjual sneakers, spek mata, jam tangan, topi, jersey,
casing telefon bimbit dan beg.
Beliau telah pun bergelar seorang
usahawan berjaya ketika berusia 19 tahun apabila berjaya memperolehi keuntungan
mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Pada usia 19 tahun juga, beliau sudah
mampu melancong ke luar negara, memiliki sebuah kereta BMW, dan sebuah rumah
banglo miliknya atas hasil usaha sendiri. Beliau merupakan seorang tokoh yang
jelas mempamerkan ciri-ciri ini apabila mampu memberikan hasil lumayan pada
usia seawal 19 tahun melalui perniagaan yang diusahakannya. Beliau sendiri
memberitahu bahawa beliau sering meletakkan target yang ingin dicapai agar
sentiasa teraspirasi untuk berjaya memperolehi keuntungan berlipat ganda.
Sebelum ini, beliau sering melihat gambar kereta BMW dan akhirnya beliau
berjaya memilikinya. Yang terbaru, beliau juga aktif mengadakan bengkel, kelas
dan seminar cara-cara untuk mempromosikan perniagaan di Twitter dan Instagram
yang jarang sekali diadakan di Malaysia. Beliau juga ingin membantu lebih ramai
anak muda agar berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi.
Ciri-ciri ini bertepatan dengan tokoh
yang dipilih, Ameerul Afiq kerana beliau seorang yang berorientasikan hasil dan
menjadikan beliau seorang yang berjaya dalam perniagaan yang diceburi.
USAHAWAN
BERJAYA yang memiliki 5 ciri-ciri yang disebut di atas:
Tan Sri Lim Goh Tong merupakan
pengasas Genting Group. Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1918 di daerah Anxi,
wilayah Fujian, China. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937
mengikut jejak langkah sepupunya ketika berusia 20 tahun. Pada
mulanya, beliau bekerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehingga
berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas
A. Empangan Ayer Itam di Pulau Pinang merupakan antara projek yang
dilaksanakan. Beliau pernah dilabelkan ‘gila’ disebabkan idea untuk
membangunkan Genting Highlands. Kejayaan beliau menjadikan Genting Highlands
Resort sebagai pusat hiburan dan percutian dalam perniagaan. Tan Sri meninggal
dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan asset yang
bernilai RM421.8 bilion.
Pengambil
risiko terbuka:
Pengambil risiko terbuka membawa maksud risiko yang
diambil berkemungkinan mengalami keuntungan atau kerugian. Sekiranya usahawan
berani mengambil risiko, perniagaan akan diteruskan dengan maju kerana risiko
mungkin memberi hasil yang memuaskan.
Tan Sri Lim Goh Tong mengeluarkan
idea untuk membangunkan kawasan hutan di puncak Genting Sempah sebagai pusat
peranginan terkenal iaitu Genting Highlands dan dilabelkan sebagai gila. Bagi
mencapai matlamat ini, beliau membentuk pasukan seramai 20 orang untuk
memeriksa keadaan gunung dan memastikan kesesuaian tempat ini. Mereka terpaksa
mendaki gunung curam, menyeberangi sungai, merentas hutan rimba tebal dan
sebagainya sebelum sampai di puncak Gunung Sempah. Mereka mengambil masa 9 hari
dan 9 malam untuk memeriksa gunung yang sesuai. Tan Sri Lim Goh Tong dan
pasukannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan juga gua supaya dapat
menjimatkan masa. Mereka juga menghadapi keadaan yang bahaya semasa menebas
hutan dara yang tebal, terdapat pekerjanya yang terserempak harimau. Dalam
usaha mencapai kejayaan, beliau pernah hampir maut berkali-kali seperti brek
kereta tidak makan dan hampir terhumban ke dalan gaung, hampir
hilang nyawa di bawah runtuhan tanah dan sebagainya. Di samping itu, beliau
bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk mencapai
cita-citanya. Beliau juga menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan
menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja.
Oleh itu, Tan Sri Lim Goh Tong
seorang usahawan yang mengambil risiko terbuka bagi mencapai cita-cita walaupun
mengalami kecederaan fizikan ataupun kerugian kewangan.
Pemerhati:
Pemerhati bermaksud teliti dalam melakukan sesuatu
kerja. Tan Sri Lim Goh Tong sentiasa berfikir untuk meningkatkan kualiti
kehidupannya kerana beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau memainkan
peranan sebagai pemerhati dalam mengenalpasti potensi syarikat dan pekerja.
Beliau melahirkan idea untuk pembukaan
pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort ketika bekerja di
Cameron Highlands. Pembukaan Genting Highlands Resort di lokasi yang
berhampiran Kuala Lumpur akan memudahkan orang ramai untuk menjalankan aktiviti
rekreasi. Berbanding dengan Cameron Highlands yang akan mengambil masa yang
lama, lokasi Genting Highlands Resort ini mempunyai potensi yang lebih tinggi
sebagai destinasi rekreasi yang menarik. Malahan, bukit merupakan kawasan yang
menyenangkan, menikmati angina sejuk dan sesuai untuk meringankan tekanan
hidup. Setelah menjalankan penyelidikan dan pemerhatian, beliau ternampak
Gunung Sempah adalah lokasi yang sesuai mengikut keadaan tanah, topografi,
saliran dan sebagainya.
Oleh itu, ciri-ciri usahawan ini amat
penting seseorang usahawan yang berjaya.
Optimistik:
Optimistik bermaksud sentiasa berfikiran positif dalam
menghadapi segala kesukaran, kesusahan dan kesulitan.
Tan Sri Lim Goh Tong pernah berkata:
‘Kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi seorang
lelaki dahulu dianggap orang gila di kalangan rakan-rakannya kerana berhasrat
membina pusat peranginan Genting.’ Idea beliau digelak dan diejek, beliau masih
bersikap optimistik dan berusaha untuk mencapai impiannya. Walaupun rancangan
ini berisiko tinggi, beliau masih melaburkan jumlah wang yang banyak dalam
mencapai idea ini tanpa mempedulikan komen-komen negatif orang lain. Kini, First
World Hotel telah menjadi salah satu hotel terbesar di dunia.
Proaktif:
Sikap proaktif sangat penting dalam menjalankan
perniagaan kerana usahawan perlu pandai mengambil peluang, aktif, mempunyai
matlamat serta mengambil jalan penyelesaian untuk menangani masalah dan
ancaman.
Tan Sri Lim Goh Tong menunjukkan
sikap proaktif sepenuhnya dalam usaha mencapai kejayaannya. Contohnya,
kesukaran untuk membina jalan hingga puncak memerlukan masa selama 15 tahun
yang diperiksa oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Atas penilaian semula dan
kesanggupan beliau, tempoh masa selama 15 tahun berjaya disingkatkan sehingga 6
tahun sahaja. Selain itu, kerajaan memutuskan jalan masuk perlu disiapkan dengan
subsidi sebanyak RM9000,000 dalam tempoh 3 tahun. Akhirnya, beliau menyiapkan
jalan masuk dalam tempoh yang dianggap tidak logik. Seterusnya, beliau berharap
untuk mengusahakan Genting Highland sebagai kasino pertama di Malaysia yang
mendapat kelulusan lesen untuk berniaga. Beliau berjaya mengambil peluang ini
untuk mengusahakan kasino secara berlesen dan sah. Malahan, beliau juga pernah
memperhentikan perniagaan untuk membangun dan mengembangkan Genting Highlands
dengan membina hotel dan menyediakan kemudahan pelancongan asas yang lebih
lengkap, sempurna dan selesa bagi memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan.
Kerajinan,
komitmen, keazaman dan ketabahan:
Sikap rajin, komitmen, azam dan tabah merupakan tangga
untuk mencapai kejayaan. Tan Sri Lim Goh Tong berkata: ‘Untuk berjaya, kita patut
menggunakan sepenuh keupayaan diri dan melakukan kerja dengan sebaik mungkin”.
Beliau berjaya menunjukkan sikap ini sebelum menjadi seorang usahawan yang
berjaya.
Selepas bapanya meninggal dunia,
beliau menambah sumber pendapatan dengan menjual biji benih keluarga ketika
beliau berusia 16 tahun sahaja. Setelah berhijrah ke Tanah Melayu, beliau
bekerja sebagai tukang kayu dan seterusnya berkembang sehingga menubuhkan
syarikat Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A. Kemudian, usaha gigih
beliau memberi hasil yang lumayan. Di samping itu, beliau dan pasukannya
terpaksa bekerja selama 24 jam sepanjang 7 hari iaitu seminggu tanpa hari rehat
ataupun hari cuti. Hal ini adalah untuk menyiapkan jalan masuk dalam masa yang
amat singkat iaitu tempoh 3 tahun sahaja. Inilah menunjukkan keazaman dan
ketabahan beliau untuk mencapai matlamatnya.
Selain itu, beliau telah berjaya mengubah Genting Highland daripada
hutan yang belum diterokai menjadi sebuah pusat peranginan yang terkenal dan bertaraf
dunia. Sikap ini menjadikan beliau terkenal dan berjaya menjadi antara orang
yang terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara.
Di samping itu, beliau bertugas
sebagai ketua yang sentiasa menjaga perasaan pekerja-pekerjanya kerana beliau menganggap
bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga dalam sesebuah
syarikat. Beliau menunjukkan komitmen beliau dalam menjalin hubungan yang baik
antara majikan dan pekerja tanpa mengira kaum, bangsa ataupun darjat. Hubungan
yang baik dapat mewujudkan kerjasama dan budaya saling membantu dalam melalukan
pekerjaan. Malahan, beliau juga hadir 10 minit lebih awal dari masa yang
ditetapkan bagi mesyuarat
Sesiapa yang bersikap rajin,
komitmen, azam dan tabah barulah berkelayakan untuk berjaya pada masa akan
datang.