Wednesday, 2 November 2016

ASAS KEUSAHAWANAN SADE 1013 GROUP AB

PENGENALAN
Usahawan atau entrepreneur berasal dari perkataan Perancis “Entreprendre” iaitu “memikul tugas atau mencuba”. Perkataan ini diinggeriskan kepada “Entrepreneur” dan diperkenalkan oleh ahli ekonomi Perancis, Richard Cantillon pada tahun 1775. Keusahawanan datang dari kata akar usaha. Menurut Kamus Dewan, usaha adalah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan atau apa-apa perbuatan untuk mencapai sesuatu.
Seseorang usahawan yang berjaya semestinya mempunyai ciri-ciri personaliti yang tidak dimiliki oleh semua orang. Antara ciri-ciri yang dipilih adalah optimistik, proaktif, melihat dan mengambil peluang, budaya terbuka, pengambil risiko terbuka, kerajinan komitmen, keazaman, jaringan, pemerhati dan berorientasikan hasil. Ciri-ciri ini amat diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Trait ini telah menjadikan para peniaga ini dipercayai dan disenangi pelanggan menyebabkan jualan mereka memperolehi keuntungan berlipatkali ganda.
Keusahawanan amat penting dalam kehidupan seharian. Tanpa kewujudan usahawan, ekonomi akan lumpuh kerana tiada pertumbuhan dan pergerakan ekonomi dalam dan luar negara. Kepentingan usahawan ini adalah meningkatkan pendapatan negara. Usahawan akan membayar cukai kepada pihak kerajaan bergantung kepada hasil jualan yang diperolehi. Apabila lebih maju dan ramai usahawan berjaya maka lebih tinggi cukai yang akan dibayar kepada pihak kerajaan lantas merancakkan lagi pembangunan di Malaysia.

Selain itu, kewujudan para usahawan akan memperbanyak peluang pekerjaan di Malaysia. Masalah pengangguran akan berkurangan dan rakyat Malaysia akan lebih terjamin kehidupan mereka kerana peluang pekerjaan yang meluas untuk mereka jana pendapatan. Pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat tempatan akan meningkatkan pendapatan penduduk secara keseluruhan. Pendapatan yang mereka dapati akan digunakan untuk membeli barang asas dan keperluan mereka. Taraf hidup masyarakat akan bertambah baik dan keselesaan masyarakat dapat dibangunkan.

Antara usahawan-usahawan yang memiliki ciri-ciri tertentu adalah:
Optimistik: Tan Sri Loh Boon Siew

Optimistik bermaksud sentiasa berfikiran ke hadapan dan berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Tan Sri Loh Boon Siew memiliki ciri-ciri ini yang tidak akan pesimis terhadap kesulitan, kesempitan dan kesusahan yang dihadapinya.
Tan Sri Loh Boon Siew merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda. Beliau berasal dari kampung yang dianggap paling miskin di China. Beliau seorang buta huruf, tidak boleh membaca mahupun menulis serta tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi tetapi memanipulasi kemampuan daya ingatan beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Pada tahun 1958, beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum digunakan di Malaysia semasa melawat ke Jepun untuk makan angin, Beliau berfikir kemungkinan pasaran sekiranya membawa produk ini ke Malaysia. Beliau cuba mempengaruhi pihak Honda Motor Limited Japan untuk membawa produk keluran pihak Jepun ke negara yang pernah dijajah oleh tentara Jepun tetapi hal ini bukannya mudah dicapai. Bagi rakyat Malaysia, mereka tidak ingin membeli produk keluaran dari Jepun yang pernah menjajah negara kita. Hal ini tidak menggugat minat beliau untuk menjual motosikal Honda di Malaysia. Kemampuan beliau bagi mempengaruhi pihak pengurusan Honda Motor Limited Jepun ini membolehkan beliau dilantik sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di Malaysia dianggap kejayaan yang besar oleh rakyat Malaysia. Seterusnya, motosikal Honda yang dibawanya telah dianggap tidak berguna dan cepat rosak, tetapi hal ini tidak mempengaruhi hasrat beliau untuk memperkenalkan motosikal Honda. Menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati di Malaysia. Jualan keseluruhan motosikal Honda telah melebihi 2 juta unit sehingga ke hari ini.
Sikap optimistik dan berfikiran positif telah menjadikan Tan Sri Loh Boon Siew sebagai seorang usahawan yang berjaya.

 Proaktif: Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein

Proaktif membawa maksud bersikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu kejadian. Dengan ini, usahawan yang memiliki sikap proaktif merupakan seorang yang bermatlamat, aktif dan selalu mencari peluang baharu bagi membesarkan perniagaan supaya dapat menghadapi persaingan di pasaran dan seterusnya meningkatkan kualiti dan kehendak pelanggan.
Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein merupakan pengasas Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad. Pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan dengan menggunakan simpanan sendiri. Setelah perniagaan berkembang sedikit, beliau membuat keputusan untuk membeli sebuah van bagi menghantar pesanan dalam kuantiti yang besar. Beliau cuba memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan. Pada tahun 1979, beliau melebarkan perniagaan ke negeri berhampiran iaitu Terengganu selepas 22 tahun. Seterusnya, mereka memulakan outlet di Lembah Klang pada tahun 1989. Hal ini menunjukkan beliau bersabar dan sentiasa bersikap positif kerana kejayaan tanpa jalan pintas. Bagi memenuhi permintaan di pasaran dan meningkatkan kualitu perniagaan, rangkaian MYDIN bukan sahaja keperluan harian dan alatan permainan. Antara rangkaian produk MYDIN termasuklah peralatan elektrik, makanan sejuk beku, produk kesihatan, keperluan muslim, makanan, hadiah dan sebagainya. Hal ini dapat mewujudkan persaingan di pasaran dan memenuhi kehendak pelanggan dalam kehidupan seharian. Dengan usaha Tuan Mydin Mohamed, MYDIN semakin berkembang pesat dan bertapak kukuh di Malaysia.
Kejayaan Tuan Mydin Mohamed merupakan MYDIN menjadi salah satu perniagaan terbesar di Malaysia yang mengusahakan aktiviti peruncitan dan pemborongan. Dari tahun 1957 sehingga kini, MYDIN berjaya memiliki lebih daripada 90 cawangan di Semenanjung Malaysia.

Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan: Jack Ma
Setiap usahawan perlulah mempunyai ciri kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan dalam dirinya. Setiap perniagaan mempunyai risiko-risiko tertentu. Dengan kerajinan, komitmen,keazaman dan ketabahan yang berterusan,usahawan tersebut pasti akan berjaya. Namun, ramai usahawan mengalami kegagalan sebelum mencapai kejayaan.Contohnya, Jack Ma yang merupakan pengerusi eksekutif  bagi Alibaba.com pernah menghadapi banyak cabaran sebelum beliau berjaya.Beliau telah ditolak oleh Universiti Harvard sebanyak 10 kali, gagal dalam ujian dan gagal dalam mencari pekerjaan.Dalam sesi temu duga bagi bekerja di KFC,sebanyak 24 orang terlibat dalam sesi temu duga tersebut, hanya satu orang sahaja telah disingkir oleh pihak majikan dan itulah Jack Ma yang telah disingkirkan. Namun, Jack Ma tidak pernah putus asa dalam pencarian kerja.
Sebelum Jack Ma menjadi usahawan, beliau ialah seorang guru Inggeris.Oleh sebab kemiskinan keluarga, ibu bapa Jack Ma memang tidak mengenai sebarang perkataan ABC. Atas inspirasi seorang guru geografi, Jack Ma telah mengambil keputusan untuk menguasai bahasa Inggeris.Beliau pernah menawarkan lawatan yang percuma di Hangzhou kepada pelancong asing untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Hasilnya, Jack Ma memang fasih dalam bahasa Inggeris dan akhirnya berjaya menjadi seorang guru Inggeris.
Namun, Jack Ma telah meletakkan jawatan sebagai guru pensyarah pada tahun 1995 dan membuka syarikat terjemahan sendiri. Beliau pernah menjadi penterjemah bagi pihak Amerika Syarikat dengan pihak Hangzhou. Dalam pengalaman tersebut, beliau telah mengenali tentang jaringan internet. Selepas itu, beliau berbincang dengan kawan-kawan tentang mewujudkan “china page”. Daripada 24 orang kawannya, hanya satu orang yang menyokong ideanya. Walau bagaimanapun, Jack Ma tetap teguh pada pendiriannya. Pada masa dahulu, jaringan internet masihlah tidak dikenali oleh orang awam. Jack Ma menghadapi cabaran dalam mempromosikan jaringan internet kepada orang awam.
Komitmen Jack Ma dalam mengusahakan dan menjelaskan jaringan internet kepada orang ramai telah menyebabkan jaringan internet semakin dikenali oleh masyarakat. Namun begitu, Jack Ma masih menghadapi kegagalan sebanyak dua kali sebelum mewujudkan alibaba.com. Keazaman dan ketabahan Jack Ma dengan ahli kumpulannya dalam mengusahakan e-dagang telah mendatangkan hasil yang lumayan. Hari ini, alibaba.com telah menjadi e-dagang yang dikenali oleh masyarakat dari seluruh dunia. Hal ini juga terbuktilah bahawa tidak kira kita gagal berapa kali, asal kita tidak putus asa, kita pasti akan berjaya pada suatu hari nanti.

 Dapat melihat dan mengambil peluang: Tan Sri Tony Fernandes

Ciri usahawan yang penting dalam menjayakan sesuatu perniagaan ialah dapat melihat dan mengambil peluang. Dengan ciri ini, seseorang dapat melihat potensi sesebuah perniagaan. Contoh usahawan yang mempunyai ciri tersebut ialah Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan pengasas bagi Tune Group Sdn. Bhd.
Tan Sri Tony Fernandes merupakan lulusan graduan London School of Economic. Selepas menghabiskan pembelajarannya, beliau pernah menjadi juruaudit dan pengawal kewangan di London. Apabila beliau balik ke Malaysia, beliau pernah menyandang jawatan pengarah urusan di Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd.Selepas itu, beliau telah menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan kepada kumpulan Warner Music pada tahun 1992 sehingga 2001. Namun, beliau telah mengambil tindakan untuk meninggalkan syarikat itu dan merealisasikan impiannya untuk mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah.
Pada masa itu, peristiwa perindustrian penerbangan perdagangan telah menyebabkan orang ramai berasa takut untuk menaiki kapal terbang, tetapi Tan Sri Tony Fernandes menganggap bahawa masa itu merupakan peluang kepada beliau untuk menceburi dalam bidang ini. Dengan ini, beliau telah membeli sebuah syarikat penerbangan dengan harga seringgit. Namun, pada masa itu syarikat tersebut mempunyai dua buah kapal terbang yang lama dan mempunyai hutang yang tinggi. Jadi, semua orang berpendapat bahawa pembuatan Tan Sri Tony Fernandes adalah tidak rasional.
            Di bawah pimpinan Tan Sri Tony Fernandes, hutang syarikat Air Asia telah diselesaikan selepas satu tahun. Tambahan pula, syarikat tersebut telah mula mendatangkan keuntungan. Beliau telah berjaya memulihkan sebuah syarikat yang mengalami kemerosotan kepada sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa. Hasilnya, kita dapat melihat bahawa ciri dapat melihat dan mengambil peluang amat penting bagi sesebuah perniagaan.
            Kini, Tan Sri Tony Fernandes telah berjaya merealisasikan impiannya sejak kecil lagi. Kejayaan beliau juga memberi sumbangan kepada bidang syarikat penerbangan tambang rendah. Konsep yang sentiasa diuar-uarkan iaitu “Now Everyone Can Fly” turut mendatangkan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

Budaya Terbuka: Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary
Budaya terbuka merupakan konsep yang menurut pengetahuan perlu disebarkan secara bebas dan pertumbuhan harus datang daripada pembangunan, perubahan atau memperkaya kerja-kerja yang telah sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama, tanpa dihadkan oleh peraturan-peraturan berkaitan dengan undang-undang perlindungan kemakmuran intelektual.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia yang menguasai pelbagai industry di Malaysia. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memulakan perniagaan sebagai penjual daging pada tahun 1970. Pada tahun 1972, beliau telah mendapat permit bagi empat buah lori kelas A. Selain itu, beliau telah memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas pada tahun 1975 dan juga menubuhkan syarikat Shah. Bukan itu sahaja, Yayasan Al-Bukhary juga ditubuhkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar. Tujuan menubuhkan perbadanan khas ini adalah untuk membantu golongan miskin. Ciri budaya terbuka dapat dilihat daripada Tan Sri Syed Mokhtar ialah beliau melakukan kebajikan yang banyak terutamanya di negeri Perak dan Kedah. Beliau sangat menitikberatkan kepentingan orang ramai terutamanya orang melayu. Seterusnya, beliau juga menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang hidup dalam kesusahan dari segi aspek tanggungjawab sosial. Selain itu, Tan Sri Syed Mokhtar telah menderma berjuta-juta ringgit kepada projek kebajikan di bawah Yayasan Al-Bukhary untuk menolong mereka yang kurang upaya dan berada dalam kehidupan miskin. Selain itu, beliau juga menyumbang sebanyak RM1 juta untuk Tabung Tsunami pada setiap tahun sebagai persediaan untuk menghadapi bencana alam ini. Seterusnya, beliau juga akan memberi tajaan dalam menghantar orang Islam di Malaysia yang tidak mampu untuk menunaikan haji pada setiap tahun. Beliau juga telah memberi sumbangan yang besar di peringkat antarabangsa seperti menyumbang wang dan makanan kepada mangsa gempa bumi di Sichuan, China serta mengadakan Program Anak-anak Yatim Al-Bukhary di Indonesia.
Tan Sri Syed Mokhtar menunjukkan ciri-ciri budaya terbuka sepenuhnya sebagai seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.

Pengambil risiko terbuka: Dato’ Steven Sim

Pengambil Risiko merujuk kepada seseorang individu atau perniagaan yang cenderung melakukan sesuatu akan menyebabkan berlakunya kecenderungan fizikal atau kerugian kewangan tetapi juga mungkin memberikan peluang untuk hasil yang lebih puas hati.
Dato’ Steven Sim merupakan pengasas Secret Recipe. Perniagaan Secret Recipe dimulakan pada tahun 1997 dengan modal sebanyak RM 150,000. Kedai pertama Secret Recipe itu dibuka di SS2, Petaling Jaya. Pada tahun 2000, terdapat 15 Secret Recipe di Klang Valley dan satu lagi di Singapura. Dalam hal ini, beliau mengambil risiko untuk mewujudkan francais dalam bentuk system yang berupaya memastikan kualiti produk yang konsisten di semua kafe. Inilah dianggap sebagai cabaran yang paling sukar oleh Dato’ Steven Sim. Dari masa ke masa, Secret Recipe menjadi kedai yang amat menyesuaikan gaya hidup antarabangsa di seluruh dunia. Sekarang, Secret Recipe telah menjadi jenama antarabangsa yang terkenal, tetapi mengalami sebarang halangan sebelum mempunyai pencapaian hari ini. Sebagai contoh, Dato’ Steven Sim dan rakan kongsi hendak memperbesarkan perniagaan ke Singapore tetapi sangat sukar membuka francais yang baharu di negara lain disebabkan risiko. Ketika itu, francais beliau tidak menarik perhatian yang banyak kerana ingin bersaing dengan pesaing dari Amerika Syarikat, Eropah, Hong Kong, Australia dan juga Singapura sendiri. Walau bagaimanapun, mereka berupaya mengurus ambil risiko tersebut dan mencapai kejayaan.
 Jaringan: Vivy Yusof

Menurut buku, jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seorang usahawan dengan manusia sekelilingnya untuk faedah bersama.
Vivy Sofina Yusuf atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof dalam media massa, adalah antara usahawan Malaysia yang berjaya pada usia muda. Vivy Yusof merupakan co-founder of FashionValet dan The dUck Group. FashionValet merupakan laman web multi-label yang mengumpulkan rekaan-rekaan fesyen dari negara Asia di bawah satu syarikat, manakala The dUck Group pula jenama hijab dan alat tulis.
Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Vivy Yusof telah mempunyai jaringan peribadi melalui blognya, iaitu Proudduck.com. Semasa zaman universiti, Vivy aktif berkongsi tentang pengalamannya dalam fesyen, percintaan, pembelajaran, keluarga dan kerjaya dalam blognya. Dari situ, hari demi hari Vivy berjaya mengumpul pengikutnya sendiri tidak kira peringkat umur, bangsa, budaya dan agama. Vivy yang pada masa itu merupakan lepasan ijazah sarjana muda undang-undang dari London School of Economics (United Kingdom), mendapati bahawa undang-undang bukan sesuatu yang dia minati, maka selepas pulang ke tanah air, Vivy mengambil keputusan untuk bekerja di syarikat bapanya, iaitu Proven Group.
Idea untuk menubuhkan perniagaannya sendiri tercetus ketika bekerja dengan bapanya. Vivy dan semasa itu kekasihnya, Fadza Anuar Shah telah mendapat idea untuk menubuh syarikat mereka sendiri yang fokus pada perniagaan atas talian, selepas melihat trafik blog Vivy Yusof yang sangat menggalakkan.
FashionValet akhirnya menjadi realiti pada November 2010. Pada masa itu, FashionValet merupakan syarikat pertama di Malaysia dalam kategori laman web multi-label dan pada waktu itu hanya terdapat 10 jenama di bawah FashionValet. Vivy Yusof menggunakan jaringan peribadi melalui blognya dan juga instagram untuk mengembangkan FashionValet. Kini, syarikat FashionValet mempunyai rangkaian sebanyak 400 jenama dan terdapat beberapa  cawangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Pemerhati: Tan Sri Mokhzani Mahathir

Pemerhati bermaksud mengambil perhatian tentang segala benda yang berlaku disekeliling kita dengan penuh teliti. Ia merupakan suatu proses yang mengumpul segala informasi melalui penglihatan atau pemerhatian terhadap sesuatu benda dan mengambil nota tentangnya.
Usahawan perlu mempunyai ciri ini kerana beliau perlu membuat perancangan, mengkaji, mengolah dan mengambil peluang untuk berjaya.
Antara usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Tan Sri Mokhzani Mahathir. Beliau telah dilantik oleh Lembaga SapuraKencana Petroleum Berhad sebagai Pengarah Executive dan Naib Pengerusi. Beliau juga merupakan ahli Remuneration Committee of SapuraKencana Petroleum Berhad. Beliau telah menunjukkan minat dalam bidang petroleum sejak kecil dan terbukti minatnya bukan sekadar minat, beliau berjaya melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda, Bachelor of Science in Petroleum di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A.
Tan Sri Mokhzani Mahathir memulakan kerjaya beliau dalam bidang petroleum. Selepas bertahun-tahun mengutip pengalaman dalam bidang petroleum, beliau akhirnya berani untuk membina syarikatnya sendiri. Dengan ciri keusahawanan yang ada pada beliau, beliau berjaya menubuhkan syarikat pelaburan yang diberi nama Kencana Capital Sdn Bhd yang fokus dalam pelbagai sektor seperti automotif dan hartanah. Syarikat beliau lama-kelamaan berkembang dan ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menceburi dalam perniagaan. Beliau telah pelajari ilmu perniagaan daripada syarikat lain. Beliau merupakan salah satu contoh usahawan yang berjaya kerana salah satu ciri keusahawanan yang paling ditonjolkan adalah sebagai pemerhati. Tambahan lagi, syarikat beliau berjaya meraih untung dengan merebut peluang yang sentiasa ada.

Berorientasikan hasil: Ameerul Afiq bin Abdul Hadi

Berorientasikan hasil bermaksud seseorang individu berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dan memperoleh hasil dari sesuatu perniagaan dalam keusahawanan. Sebagai seorang usahawan, matlamat dalam perniagaan adalah memperolehi hasil yang lumayan. Hasil yang diperolehi boleh dijadikan sebagai satu sumber untuk mendorong seseorang usahawan lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya. Usahawan muda bernama Ameerul Afiq ini mempamerkan ciri-ciri yang dimaksudkan.
Nama penuh beliau ialah Ameerul Afiq bin Abdul Hadi. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1997 di Kajang, Selangor. Beliau merupakan seorang usahawan secara rasminya ketika berusia 18 tahun. Ketika zaman persekolahannya, beliau sudah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Bermula pada usia 6 tahun beliau menjual lukisan yang ditekap dari buku lain untuk diwarnakan. Lukisan yang ditekap itu dijual dengan harga 50 sen kepada kawan-kawan tadika. Ketika berusia 12 tahun, beliau mula menjaja makanan ringan seperti keropok dan gula-gula. Beliau aktif dalam sukan bola sepak dan mewakili sukan ini di peringkat negeri Selangor. Meskipun sibuk dengan sukan dan berniaga, beliau memperolehi 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Seterusnya, ketika di tingkatan 1 beliau melihat satu permasalahan yang timbul iaitu butang baju melayu. Sekolah beliau beraliran agama dan di kawasan pedalaman. Oleh itu, butang baju melayu yang berkualiti dan cantik tidak dijual. Beliau mula menjual dan mendapat hasil yang lumayan. Beliau meneruskan lagi usaha mendapatkan keuntungan lumayan ketika tingkatan 2 dengan mengambil upah membuat baju kelas dan baju tingkatan sehingga tingkatan 5. Hasil usaha beliau ketika itu berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM30,000.
Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mendapat idea untuk memulakan perniagaan di Instagram. Beliau memulakan perniagaan t-shirt lelaki. Nama syarikat beliau ialah Rad.kl yang menjual t-shirt lelaki dan seterusnya beliau mengembangkan perniagaannya dengan menjual sneakers, spek mata, jam tangan, topi, jersey, casing telefon bimbit dan beg.
Beliau telah pun bergelar seorang usahawan berjaya ketika berusia 19 tahun apabila berjaya memperolehi keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Pada usia 19 tahun juga, beliau sudah mampu melancong ke luar negara, memiliki sebuah kereta BMW, dan sebuah rumah banglo miliknya atas hasil usaha sendiri. Beliau merupakan seorang tokoh yang jelas mempamerkan ciri-ciri ini apabila mampu memberikan hasil lumayan pada usia seawal 19 tahun melalui perniagaan yang diusahakannya. Beliau sendiri memberitahu bahawa beliau sering meletakkan target yang ingin dicapai agar sentiasa teraspirasi untuk berjaya memperolehi keuntungan berlipat ganda. Sebelum ini, beliau sering melihat gambar kereta BMW dan akhirnya beliau berjaya memilikinya. Yang terbaru, beliau juga aktif mengadakan bengkel, kelas dan seminar cara-cara untuk mempromosikan perniagaan di Twitter dan Instagram yang jarang sekali diadakan di Malaysia. Beliau juga ingin membantu lebih ramai anak muda agar berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi.
Ciri-ciri ini bertepatan dengan tokoh yang dipilih, Ameerul Afiq kerana beliau seorang yang berorientasikan hasil dan menjadikan beliau seorang yang berjaya dalam perniagaan yang diceburi.

USAHAWAN BERJAYA yang memiliki 5 ciri-ciri yang disebut di atas:

Tan Sri Lim Goh Tong merupakan pengasas Genting Group. Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1918 di daerah Anxi, wilayah Fujian, China. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1937 mengikut jejak langkah sepupunya ketika berusia 20 tahun. Pada mulanya, beliau bekerja di Malaysia sebagai tukang kayu dan berkembang sehingga berjaya menubuhkan syarikat pembinaan Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A. Empangan Ayer Itam di Pulau Pinang merupakan antara projek yang dilaksanakan. Beliau pernah dilabelkan ‘gila’ disebabkan idea untuk membangunkan Genting Highlands. Kejayaan beliau menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian dalam perniagaan. Tan Sri meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya di Asia Tenggara dengan asset yang bernilai RM421.8 bilion.

Pengambil risiko terbuka:
Pengambil risiko terbuka membawa maksud risiko yang diambil berkemungkinan mengalami keuntungan atau kerugian. Sekiranya usahawan berani mengambil risiko, perniagaan akan diteruskan dengan maju kerana risiko mungkin memberi hasil yang memuaskan.
Tan Sri Lim Goh Tong mengeluarkan idea untuk membangunkan kawasan hutan di puncak Genting Sempah sebagai pusat peranginan terkenal iaitu Genting Highlands dan dilabelkan sebagai gila. Bagi mencapai matlamat ini, beliau membentuk pasukan seramai 20 orang untuk memeriksa keadaan gunung dan memastikan kesesuaian tempat ini. Mereka terpaksa mendaki gunung curam, menyeberangi sungai, merentas hutan rimba tebal dan sebagainya sebelum sampai di puncak Gunung Sempah. Mereka mengambil masa 9 hari dan 9 malam untuk memeriksa gunung yang sesuai. Tan Sri Lim Goh Tong dan pasukannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan juga gua supaya dapat menjimatkan masa. Mereka juga menghadapi keadaan yang bahaya semasa menebas hutan dara yang tebal, terdapat pekerjanya yang terserempak harimau. Dalam usaha mencapai kejayaan, beliau pernah hampir maut berkali-kali seperti brek kereta tidak makan dan hampir terhumban ke dalan gaung, hampir hilang nyawa di bawah runtuhan tanah dan sebagainya. Di samping itu, beliau bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk mencapai cita-citanya. Beliau juga menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja.
Oleh itu, Tan Sri Lim Goh Tong seorang usahawan yang mengambil risiko terbuka bagi mencapai cita-cita walaupun mengalami kecederaan fizikan ataupun kerugian kewangan.

Pemerhati:
Pemerhati bermaksud teliti dalam melakukan sesuatu kerja. Tan Sri Lim Goh Tong sentiasa berfikir untuk meningkatkan kualiti kehidupannya kerana beliau berasal dari keluarga yang miskin. Beliau memainkan peranan sebagai pemerhati dalam mengenalpasti potensi syarikat dan pekerja.
Beliau melahirkan idea untuk pembukaan pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort ketika bekerja di Cameron Highlands. Pembukaan Genting Highlands Resort di lokasi yang berhampiran Kuala Lumpur akan memudahkan orang ramai untuk menjalankan aktiviti rekreasi. Berbanding dengan Cameron Highlands yang akan mengambil masa yang lama, lokasi Genting Highlands Resort ini mempunyai potensi yang lebih tinggi sebagai destinasi rekreasi yang menarik. Malahan, bukit merupakan kawasan yang menyenangkan, menikmati angina sejuk dan sesuai untuk meringankan tekanan hidup. Setelah menjalankan penyelidikan dan pemerhatian, beliau ternampak Gunung Sempah adalah lokasi yang sesuai mengikut keadaan tanah, topografi, saliran dan sebagainya. 
Oleh itu, ciri-ciri usahawan ini amat penting seseorang usahawan yang berjaya.

Optimistik:
Optimistik bermaksud sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi segala kesukaran, kesusahan dan kesulitan.
Tan Sri Lim Goh Tong pernah berkata: ‘Kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi seorang lelaki dahulu dianggap orang gila di kalangan rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat peranginan Genting.’ Idea beliau digelak dan diejek, beliau masih bersikap optimistik dan berusaha untuk mencapai impiannya. Walaupun rancangan ini berisiko tinggi, beliau masih melaburkan jumlah wang yang banyak dalam mencapai idea ini tanpa mempedulikan komen-komen negatif orang lain. Kini, First World Hotel telah menjadi salah satu hotel terbesar di dunia.

Proaktif:
Sikap proaktif sangat penting dalam menjalankan perniagaan kerana usahawan perlu pandai mengambil peluang, aktif, mempunyai matlamat serta mengambil jalan penyelesaian untuk menangani masalah dan ancaman.
Tan Sri Lim Goh Tong menunjukkan sikap proaktif sepenuhnya dalam usaha mencapai kejayaannya. Contohnya, kesukaran untuk membina jalan hingga puncak memerlukan masa selama 15 tahun yang diperiksa oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Atas penilaian semula dan kesanggupan beliau, tempoh masa selama 15 tahun berjaya disingkatkan sehingga 6 tahun sahaja. Selain itu, kerajaan memutuskan jalan masuk perlu disiapkan dengan subsidi sebanyak RM9000,000 dalam tempoh 3 tahun. Akhirnya, beliau menyiapkan jalan masuk dalam tempoh yang dianggap tidak logik. Seterusnya, beliau berharap untuk mengusahakan Genting Highland sebagai kasino pertama di Malaysia yang mendapat kelulusan lesen untuk berniaga. Beliau berjaya mengambil peluang ini untuk mengusahakan kasino secara berlesen dan sah. Malahan, beliau juga pernah memperhentikan perniagaan untuk membangun dan mengembangkan Genting Highlands dengan membina hotel dan menyediakan kemudahan pelancongan asas yang lebih lengkap, sempurna dan selesa bagi memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan.

Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan:
Sikap rajin, komitmen, azam dan tabah merupakan tangga untuk mencapai kejayaan. Tan Sri Lim Goh Tong berkata: ‘Untuk berjaya, kita patut menggunakan sepenuh keupayaan diri dan melakukan kerja dengan sebaik mungkin”. Beliau berjaya menunjukkan sikap ini sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Selepas bapanya meninggal dunia, beliau menambah sumber pendapatan dengan menjual biji benih keluarga ketika beliau berusia 16 tahun sahaja. Setelah berhijrah ke Tanah Melayu, beliau bekerja sebagai tukang kayu dan seterusnya berkembang sehingga menubuhkan syarikat Kien Huat yang bertaraf kontraktor Kelas A. Kemudian, usaha gigih beliau memberi hasil yang lumayan. Di samping itu, beliau dan pasukannya terpaksa bekerja selama 24 jam sepanjang 7 hari iaitu seminggu tanpa hari rehat ataupun hari cuti. Hal ini adalah untuk menyiapkan jalan masuk dalam masa yang amat singkat iaitu tempoh 3 tahun sahaja. Inilah menunjukkan keazaman dan ketabahan beliau untuk mencapai matlamatnya.  Selain itu, beliau telah berjaya mengubah Genting Highland daripada hutan yang belum diterokai menjadi sebuah pusat peranginan yang terkenal dan bertaraf dunia. Sikap ini menjadikan beliau terkenal dan berjaya menjadi antara orang yang terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara.
Di samping itu, beliau bertugas sebagai ketua yang sentiasa menjaga perasaan pekerja-pekerjanya kerana beliau menganggap bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga dalam sesebuah syarikat. Beliau menunjukkan komitmen beliau dalam menjalin hubungan yang baik antara majikan dan pekerja tanpa mengira kaum, bangsa ataupun darjat. Hubungan yang baik dapat mewujudkan kerjasama dan budaya saling membantu dalam melalukan pekerjaan. Malahan, beliau juga hadir 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan bagi mesyuarat
Sesiapa yang bersikap rajin, komitmen, azam dan tabah barulah berkelayakan untuk berjaya pada masa akan datang.